Total Pageviews

Recent in Food

;

Terduduk Sayu Penoreh Getah Melihat Rumah Dijilat Api

Share it:


Kita selalu tidak bersyukur dan mengeluh jika ditimpa apa-apa musibah. Padahal musibah itu hanya ujian ringan yang dihadapi jika nak dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih berat ujian yang diterima.  Sebagai umat islam ujian dan kesusahan yang mendatang pasti ada hikmah yang akan diberikan oleh-Nya.

Pagi tadi viral tentang satu posting facebook yang memaparkan gambar seorang pak cik yang terduduk melihat rumahnya dijilat api. Sangat meruntun jiwa, dikhabarkan pakcik itu baru pulang dari menoreh getah. Jelas kelihatan pada kasut dan bajunya yang masih kotor itu. Gambar pakcik yang dikenali sebagai Pak Cik Soh penoreh getah ini telah tersebar di laman Facebook dan meraih perhatian warga netizen yang melihat keadaannya.



Melalui maklumat yang tersebar di facebook, kejadian dikatakan berlaku di Kampung Gerong Apal, Besut Terengganu. Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira jam 9.15 pagi diwaktu tempatan. Pihak Bomba telah datang dan cuba memadamkan kebakaran tersebut. Walaubagaimanapun kebakaran berlaku sangat pantas dan memusnahkan sebahagian besar rumah berkenaan. 




Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada pakcik Soh ini, boleh menyalurkan sumbangan melalui maklumat akaun bank yang telah diberikan.



Melihat diruangan komen, ramai yang dilihat sangat prihatian dengan nasib yang menimpa pakcik Soh ini. Kebanyakannya meninggalkan kata-kata semangat buat dirinya sekeluarga dan mendoakan penoreh getah ini agar tabah menerima dugaan.

Semoga pakcik Soh dan sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan buat mereka.


Sumber: Facebook
Share it:

Semasa

Post A Comment:

0 comments: