Total Pageviews

Recent in Food

;

Nasib Malang Perompak Ditangkap Ketika Cubaan Merompak Nissan Showroom

Share it:

Kejadian jenayah sangat menjadi-jadi pada masa kini. Terbaru viral petang tadi di media sosial tentang sebuah video yang menunjukkan cubaan rompakkan ke atas Nissan Showroom. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Puchong Jaya namun masa yang tepat tidak diketahui lagi.

Pada mulanya kelihatan seorang lelaki berbaju putih berkemungkinan pekerja di sana sedang membuka atau menutup pintu masuk namun tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai helmet dan terus memukul menggunakan satu objek keras. Berlaku pergelutan antara mereka sehingga ke dalam showroom.



Penjenayah tersebut kelihatan terus meluru keluar dan terjatuh dipercayai tergelincir ataupun ditembak oleh anggota polis yang berada berdekatan. Anggota polis mengacu pistol dan rakan anggota tersebut pantas memberkas penjenayah itu.



Dikatakan mangsa cedera teruk, lebam di beberapa anggota tubuh badan dan dibawa ke klinik manakala perompak berkenaan dibawa ke balai polis. Tahniah diucapkan kepada semua anggota polis yang terlibat dalam menangkap perompak itu.



Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap tindakkan pantas dua anggota polis dan menyifatkan pihak polis di Malaysia ini adalah yang terbaik.

Share it:

Semasa

Post A Comment:

0 comments: