Total Pageviews

Recent in Food

;

Salman Khan Merampas Telefon Peminat Yang Nak Selfie Dengannya

Share it:

Salman Khan dikecam netizen selepas tular satu video dia menepis dan merampas telefon bimbit milik peminatnya yang mahu merakam swafoto dengan pelakon berkenaan tanpa izin.

Ketika kejadian, Salman Khan yang diiringi pembantunya keluar dari balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Goa India namun secara tiba-tiba muncul peminat lelaki berbaju putih mendekati dan cuba ambil gambar selfie bersama idolanya.

Kurang senang dengan kelakuan lelaki tersebut, Salman Khan bertindak menepis dan merampas telefon tersebut sebelum berlalu pergi. Tingkah laku pelakon popular itu sempat dirakam oleh peminatnya yang berada berdekatan.

Menerusi Hindustan Times, Inspektor polis bertugas di lapangan terbang, Sagar Ekoskar berkata, pihaknya sudah meneliti video dan bertemu dengan lelaki tersebut.

"Lelaki itu mengesahkan benar perkara itu berlaku tetapi tiada laporan polis dibuat," katanya.

Rata-rata peminatnya mengecam tindakannya malah menyifatkan Salman Khan adalah seorang yang sombong. Walaupun tidak selesa dengan tindakkan peminat itu, Salman tidak patut melakukan perkara tersebut kerana biasalah sikap peminat yang teruja bertemu dengan artis kesukaannya.

Video berdurasi 7 saat dimuat naik di Twitter Supriya Bhardwaj sehingga kini ditonton lebih 20,000 tontonan.

Share it:
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Hiburan

Post A Comment:

0 comments: