Total Pageviews

Recent in Food

;

Aliff Aziz Kena Tumbuk di Tepi Kaki Lima

Share it:


Jika sebut sahaja nama Aliff Aziz pastinya orang akan teringatkan kisah penceraiannya dengan pelakon kecik molek Bella Astillah. Selepas bercerai, hidup Aliff sangat teruk dengan pelbagai insiden yang berlaku. Mulanya nampak macam dah insaf tapi buat perangai pula apabila bergaduh di tempat awam. Selepas itu elok semula dan nampak macam dah baik balik dengan bekas isterinya.

Beberapa minggu lalu, sangat mengejutkan apabila tersebar satu video memalukan apabila penyanyi yang berasal daripada Singapura itu dilihat bertengkar mulut dan berlaku sedikit pergaduhan. Aliff Aziz kelihatan telah ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki di tepi kaki lima.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter Pio Dhurjana hari ini, Aliff yang bersarungkan singlet putih dan seluar pendek biru kelihatan longlai apabila dibelasah teruk di kaki lima sebuah restoran di Singapura. Selepas menerima beberapa pukulan Aliff dilihat melarikan diri ke seberang jalan pada akhir video itu.



Melalui video itu kelihatan penyanyi itu sedang mabuk semasa kejadian itu berlaku dan dia bernasib baik kerana pergaduhan itu berjaya dileraikan. Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut membantu memapah Aliff keluar dari tempat kejadian.



Rata-rata netizen meluahkan rasa meluat mereka dengan perangai Aliff yang tidak pernah matang ini. Dah kalau seminggu sekali tular bergaduh dekat tepat awam, macam manalah orang lain nak percayakan Aliff Aziz lagi. Dengar cerita Bella Astillah ada keluarkan kenyataan pada hari ini tentang kesediaan menerima semula bekas suaminya itu. Apapun yang berlaku diharapkan Aliff Aziz cepat sedar dan menjadi normal seperti sebelum ini.

Sumber: Twitter
Share it:

Hiburan

Semasa

Post A Comment:

0 comments: