Saturday, August 3, 2019

author photo


Hari ini ramai orang mahu menjadi terkenal dengan melakukan pelbagai cara salah satu cara adalah melalui media sosial. Hanya dengan muat naik gambar ataupun video yang ‘pelik’ dan unik, automatik boleh meraih perhatian di laman sosial. Cuma bezanya, sama ada tular sebab melakukan perkara baik ataupun sebaliknya.

Masihkah anda ingat lagi video seorang pemuda yang mengajar subjek matematik tambahan yang menjadi viral. Dia yang dikenali sebagai Fathi Hussein merupakan salah seorang daripada sekumpulan pengajar digelar sebagai ‘SIRpuloh’ yang pernah tular gara-gara mempunyai kemahiran dan teknik mengajar bagi menyelesaikan subjek matematik.

Sir Fathi kemalangan!

Semalam, Sir Fathi Hussein telah mengalami kecederaan akibat kemalangan motosikal. Berita itu dimaklumkan menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.




“Terima kasih yang mendoakan Sir Fathi cepat sembuh. Maaf tak dapat balas satu-satu,” tulis kapsyen posting tersebut. Dia juga mengingatkan semua pelajarnya datang ke kelas seperti biasa. Sir Fathi telah dirawat di KPJ Damansara dan telah selesai operate petang semalam (Jumaat). Keadaannya sudah makin membaik

Salah satu video tular oleh Sir Fathi…


Sampai masuk longkang?!

Menerusi posting tersebut, turut disertakan beberapa keping gambar dan sebuah video keadaan dirinya ketika berlaku kemalangan terbabit.



Motor habis rosak teruk



Ramai doakan Sir cepat sembuh

Netizen telah memenuhi ruangan komen posting berkenaan dengan menitipkan doa dan juga kata-kata semangat agar beliau kembali pulih seperti sediakala. Diharapkan agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali mengajar seperti biasa. Semoga segala perkongsian ilmunya mendapat manfaat dan kebaikan terutamanya kepada golongan pelajar.

sumber:Ig FathiHussein

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post