Thursday, August 1, 2019

author photo

Dalam bulan ini sahaja sudah banyak berita tentang rompakan atau kecurian. Bukan sahaja rumah selalu diceroboh bahkan sekolah tempat menuntut ilmu juga dipecah masuk oleh perompak.  Sebuah sekolah menengah di Bandar Country Homes, Rawang dipecah masuk malam tadi yang menyebabkan beberapa barangan dan duit hilang. Antara kehilangan yang berlaku adalah barang rampasan pelajar termasuk vape dan telefon pintar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, kejadian disedari guru kanan sekolah itu pada 6.55 pagi selepas dia tiba di sekolah. 
Pengadu mendapati bilik pengetua, bilik guru penolong kanan dan bilik fail sekolah dalam keadaan berselerak.
Katanya, selepas pemeriksaan lanjut, dia mendapati 27 telefon pintar pelbagai jenama dan satu vape yang semuanya barangan rampasan pelajar hilang.
“Selain itu, wang tunai sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM2,537 turut hilang.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

sumber: MyMetro

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post