Friday, August 9, 2019

author photo

Minggu ini panas tentang kisah kecurian yang melibatkan motor Yamaha Y15 ayau lebih popular dengan anama YSuku. Pelbagai cara pencuri untuk memiliki motor ini, ada yang hanya mencuri kepala motor sahaja. Kepala motor Ysuku Versi 2 itu menjadi target pencuri kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna untuk dipasang pada motor YSuku versi satu.

Namun petang tadi viral rakaman CCTV yang menunjukkan 2 orang lelaki yang cuba merampas sebuah motorsikal daripada pemiliknya yang juga merupakan penghantar makanan. Kes samun berkenaan berlaku berhampiran dengan Eastin Hotel Damansara.

Daripada pemerhatian, suspek menghampiri mangsa lalu menendang motornya supaya mangsa menghentikan motorsikal. Kemudiannya suspek menarik mangsa dan memukulnya sementara seorang lagi suspek cuba melarikan motorsikal mangsa.

Mangsa yang melihat motornya cuba dicuri dengan pantas memaut suspek dan berlaku pergelutan antara mereka bertiga. Seorang daripada suspek menggunakan senjata yang kelihatan seperti pengunci motorsikal. Nasib menyebelahi mangsa apabila suspek terjatuh setelah ditendang dan kereta orang awan muncul di kawasan berkenaan.

Suspek yang cemas segera melarikan diri menaiki motor mereka meninggalkan mangsa. Buat masa sekarang belum lagi ada khabar apakah yang berlaku kepada mangsa tersebut. Diharapkan penunggang motorsikal berhati-hati jika terlihat orang yang mencurigakan.

1 komen:

avatar
Unknown delete August 9, 2019 at 9:01 PM

Mmng pukimakk betol mat rempit yg jenis mcm ni. Fizikal sihat pegi la cari kerja bangsatt. Ni tak. Duduk rumah habiskan beras je keje. Mmng cb sampah

Reply


EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post