Wednesday, July 3, 2019

author photo


Sebagai seorang manusia yang normal menjalani kehidupan pasti akan merasai kesusahan dalam mendapatkan duit. Bagi memperoleh wang memerlukan pelbagai usaha dan pengorbanan. Tidak kira lah siapa pun sama ada orang dewasa, pelajar bahkan kanak-kanak juga perlu berusaha untuk mendapatkan wang lebih. Sebagai contoh mereka perlu berpuasa penuh di bulan ramadhan untuk dapat lebih duit raya. haha betul kan.

Bagi orang dewasa, mereka perlu bekerja keras untuk menjana pendapat yang lebih bagi menampung segala tanggungan. Apakah akan terjadi jika mereka tidak dapat wang yang cukup untuk perbelanjaan hidup mereka. Sudah pastinya akan menyebabkan mereka menghadapai masalah kewangan yang akan membebankan hidup. Jadi setiap orang terutamanya golongan muda yang baru terjun ke alam pekerjaan harus cuba untuk mendapatkan wang yang cukup untuk menjalani kehidupan bagi mengelakkan terjerumus dalam masalah kewangan.

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh kita lakukan dalam usaha untuk bebas daripada masalah kewangan.


1. Menyimpan dan Mengawal Kewangan


Kebanyakkan golongan muda memperoleh gaji sekitar RM1500 dan tinggal di ibu kota. Adakah anda mampu menyimpan sebahagian wang tersebut? Sudah pastinya dengan jumlah tersebut tidak mampu membuat simpanan jika anda tidak mengawal kewangan dengan sebaik yang mungkin.

 Katakanlah  anda menetapkan maximun sebanyak RM500 perlu disimpan setiap bulan daripada gaji tersebut. Anda perlu mengawal setiap perbelanjaan seperti makanan, kenderaan, sewa rumah dan pelbagai lagi. Sebagai contoh untuk berjimat anda boleh tinggal di bilik sewa yang murah, naik motor kapcai ke tempat kerja dan masak sendiri di rumah. Sudah pasti dengan cara ini perbelanjaan anda akan kurang dan seterusnya mampu mencapai target menyimpan sebahagian wang gaji. Apa yang penting dalam mengawal perbelanjaan adalah anda perlu sabar dalam menjalankan gaya hidup yang tidak mewah ini. Biarlah anda hidup sengsara sekarang daripada hidup melarat pada masa hadapan. Jika anda mampu mengekalkan cara ini selama beberapa tahun sudah semestinya wang simpanan dalam akaun bank anda akan banyak. Cuba bayangkan anda mampu menyimpan RM 3000 setiap tahun.

Sebaiknya wang simpanan tersebut diletakkan dalam akaun bank yang berlainan dengan akaun bank yang anda gunakan untuk aktiviti seharian. Dengan cara ini dapat mengelakkan anda terguna wang tersebut. Dengan semangat dan disiplin yang tinggi dalam masa beberapa tahun anda akan dapat menyimpan dan mengelakkan anda daripada menghadapi masalah kewangan.


2. Buat Bajet dan Kaji Perbelanjaan 


Kita selalu dengar Perdana Menteri bentangkan bajet tahunan di parlimen. Apa kata kita pun ikut sama buat bajet sendiri. Kenapa perlu buat bajet? Banyak kebaikkan apabila kita membuat bajet perbelanjaan kita. Bagi permulaan boleh cuba bajet bagi setiap bulan. Apabila dapat gaji kita tetapkan nilai bagi setiap jenis perbelanjaan.

Contohnya, untuk bulan ini bajet untuk makan adalah RM400. Setiap kali anda membeli makanan atau bahan masakan, rekod perbelanjaan tersebut. Termasuklah pembelian tidak dirancang seperti makanan ringan, minuman tin dan sebagainya. Nampak sangatlah rumit namun dengan cara ini kita dapat mengetahui dengan lebih jelas perbelanjaan harian kita. Bagi memudahkan lagi anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi dalam smartphone untuk merekod perbelanjaan.

Anda boleh buat perbandingan belanjaan antara bulan bagi menentukan kedudukkan kewangan anda. Di samping membantu mengenalpasti gaya perbelanjaan anda. Sama ada anda pandai mengurus kewangan ataupun sebaliknya.


3. Tentukan Keutamaan Apabila Berbelanja

Sewaktu berbelanja anda perlulah menentukan sama ada perkara tersebut adalah keperluan atau kehendak. Seperti yang kita tahu kita tidak boleh hidup dengan normal jika kita tidak mempunyai barang keperluan wajib dalam hidup seperti makanan, elektrik dan air. Namun kita boleh hidup jika tidak mendapat barang kehendak seperti kereta mewah ataupun smartphone terbaru. Jadi di sini kita tahu bahawa barang keperluan adalah lebih penting daripada barang kehendak. Oleh itu kita perlulah mengutamakan perbelanjaan keperluan antarnya seperti berikut.

  • Bahan Makanan – pastikan anda mendapatkan cukup nutrisi untuk aktiviti seharian. Jangan beli bahan makanan yang bukan keperluan seperti Starbucks, Lamb Chop dan yang sejenis dengannya.
  • Bayaran bil seperti bil elektrik, bil air, bil/sewa rumah
  • Bayaran pinjaman (loan kereta, loan peribadi, kad kredit)
  • Kahwin - Buat sederhana dan elakkan buat majlis mewah seperti artis
  • Simpanan kecemasan atau simpanan peribadi anda semaksima yang boleh. Pilih cara simpanan yang mana membolehkan anda mengeluarkan simpanan tersebut bila-bila masa sahaja untuk kegunaan kecemasan seperti kos perubatan.



4. Simpanan Kecemasan

Mengikut kajian, banyak orang tiada simpanan RM1,000 yang boleh digunakan untuk kecemasan. Padahal kalau diikutkan master kewangan, kita memerlukan tabung kecemasan untuk mengelakkan kita sesak apabila ditimpa masalah kewangan yang tidak diduga. Mungkin anda ataupun ahli keluarga anda akan ditimpa penyakit atau kemalangan. Di mana kita mahu mencari wang yang cukup jika tiada simpanan langsung.


Ada orang dalam dompetnya mesti ada RM50 selalu. Jika terguna untuk sesuatu perkara dengan pantasnya topup kembali dalam dompet. Sebab dia tahu wang yang di tangan adalah sanagat penting untuk menghadapi perkara yang tidak diduga.

Sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara-perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk anda memikirkan tindakan terbaik yang anda perlu lakukan.


Cari Pendapatan Sampingan

Ada pelbagai cara untuk kita mencari pendapatan sampingan. Anda boleh bekerja part-time mungkin sebagai pelayan restoran, cafe atau buka gerai burger.

  • Jual barang-barang second-hand secara online melalui media seperti facebook, carousell, mudah.my.
  • Bekerja secara online. Ada pelbagai cara seperti dropship, review produk.
  • Jika anda mahir membuat barang-barang makanan mungkin anda boleh menjual melalui orang tengah seperti restoran, gerai, cafe, kantin – tumpang tempat mereka dan agihkan keuntungan.
  • Gunakan telefon canggih anda untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Adakah anda berminat dengan Cara Buat Duit Dengan Apps Cashzine
  • Jika anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, buat blog dan kongsikan kepakaran anda. terdapat pelbagai cara anda boleh mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog.
  • Anda mahir membuat sesuatu yang unik? seperti cenderamata, lukisan, dan sebagainya? Kenapa sembunyikan bakat anda? Perkenalkan hasil kemahiran anda tersebut. Mungkin anda boleh bermula di tempat-tempat seperti pasar hujung minggu, semasa aktiviti terbuka masyarakat dan sebagainya. Jangan lupa, anda boleh menggunakan media seperti facebook, mudah.com, dan lelong.com.my untuk menjual bakat anda.

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post