Monday, July 29, 2019

author photo

Hari ini tular sebuah video berdurasi 3:14 minit yang memaparkan sekumpulan lelaki yang tiba-tiba datang menyerang di sebuah kedai makan. Mereka yang lengkap memakai topi kaledar dilihat terus ke arah individu yang sedang makan di hujung bahagian kedai lalu berlaku pergaduhan.

Menurut laporan yang disiarkan Bharian, dua beradik cedera setelah diserang di hadapan sebuah restoran mamak di Kepong Baru, dekat Sentul.

Dalam insiden yang berlaku jam 1 pagi tadi, suspek dikatakan memukul mangsa menggunakan kerusi dan besi pengunci motosikal.

Polis sedang memburu sekumpulan individu terbabit yang dipercayai membuat serangan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun, berkata mangsa mengalami cedera di muka, kepala dan badan.

“Pengadu dan adiknya sudah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-4048 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: BeritaHarian

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post