Tuesday, July 9, 2019

author photo


Sebelum ini kecoh dengan kisah peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang menceraikan isteri yang sedang hamil, terbaru terdapat berita baru berkenaan perkahwinan keduanya. PU abu dilanda kontroversi baharu apabila rumah tangga perkahwinan keduanya bersama Hana Azraa dikatakan mulai retak.

PU Abu telah melafazkan cerai kepada bekas isteringnya Ain Afini Latif pada bulan mei yang lalu. Hasil perkahwinan PU Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Adam Aysar 7 Jun lalu. Dia kemudiannya mendirikan rumah tangga baharu dengan isteri keduanya yang merupakan ibu tunggal. Masih lagi di awal perkahwinan, mereka dikatakan bakal bercerai.

Perkara itu dikongsi sendiri Hana Azraa kepada mStar. Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” tambahnya lagi kepada mStar Online.

Hana menjelaskan bahawa dia mendedahkan status rumah tangganya itu bagi mengelakkan salah faham di kalangan netizen. Katanya lagi, hubungannya dengan pendakwah muda itu berakhir dengan baik.

“Walaubagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain serta anak mereka sampai ke syurga. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” katanya.

Berdasar hasil pemerhatian, kedua-dua mereka juga tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram.

Dalam pada itu, PU Abu yang dihubungi Kosmo Online enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu namun mengesahkan dia dan Hana masih lagi pasangan suami isteri.

“Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja,” balas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kepada Kosmo! Online apabila ditanya tentang kesahihan perkahwinan keduanya dengan wanita bernama Hana Azraa di ambang perceraian. 

Sumber: Mstar Kosmo

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post