Monday, July 29, 2019

author photo

Viral satu video di media sosial minggu ini yang menunjukkan seorang anggota polis Indonesia yang dilanggar oleh sebuah kereta bewarna hitam. Dalam video tersebut angota polis berkenaan dilihat berpaut di hadapan kereta itu dan kemudiannya menjejakkan kaki ke jalanraya selepas kereta berhenti. Akaun Twitter @altefalken memuat naik video dengan kapsyen "Indowood". Lihat video di bawah:

Insiden yang berlaku di Bandung, Jawa Barat itu melibatkan anggota polis bernama Brigadier Natan Doris. Ketika kejadian, pegawai itu memanggil pemandu kereta kerana melakukan kesalahan lalu lintas, tetapi kereta itu enggan berhenti dan dan terus melakukan rempuhan dan mengheret polis berkenaan sejauh 100 meter. Selepas kereta itu berhenti, pegawai polis segera meminta pemandu untuk keluar dari kenderaannya dan menjalankan pemeriksaan kenderaan. Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Jawa Barat, Pol Trunoyudho Wisnu Andiko.

Anggota polis yang dilanggar itu dilaporkan hanya cedera ringan dan boleh bertugas seperti biasa.
Sementara itu, memetik laporan daripada Kompas.com, pemandu yang melanggar Natan adalah seorang pelajar siswazah di sebuah universiti swasta di Bandung.

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post