Sunday, July 21, 2019

author photo

Sudah banyak kes-kes curang yang melibatkan pasangan suami isteri. Apabila mengetahui pasangan anda berlaku curang, sudah semestinya akan menyebabkan rasa marah yang amat sangat. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan jenayah seperti bunuh atau mencederakan orang. Terbaru kejadian yang berlaku di Florida, seorang lelaki menyerbu masuk rumah jirannya kerana berang isterinya bermain kayu tiga. Dia terus mengacukan pistol kepada Tomas Martinez-Gomez, dan mengarahkan lelaki berkenaan ke bilik tidur sebelum mengikat dan memotong kemaluannya.

Menurut polis, Alex Cesar Bonilla yang memotong zakar lelaki itu dengan gunting ditahan kerana menyerang dan mencederakan mangsa selepas memecah masuk rumah kekasih isterinya, di Bell, Florida, minggu lalu.

Suspek yang berusia 49 tahun itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dengan membawa bersama organ yang dipotongnya. WBBH melaporkan, polis bergegas ke rumah mangsa iaitu rumah bergerak selepas lelaki itu menghubungi talian kecemasan meminta bantuan.


Gomez memberitahu polis bahawa Bonilla, memasuki rumahnya dan mengancam untuk membunuhnya jika melawan. Bonilla membawanya ke bilik tidur sebelum dia diikat dan dipotong kemaluannya, tambahnya lagi.

Menurut polis, dua kanak-kanak turut berada dalam rumah berkenaan ketika kejadian.Suspek berjaya ditahan di tempat kerjanya di sebuah ladang Alliance Dairies di Brandford dan kini ditahan di penjara daerah Gilchrist kerana gagal membayar ikat jamin AS$1.25 juta (RM5.13 juta).

Pejabat Syerif Daerah Gilchrist menyatakan motif serangan itu masih dalam siasatan namun menurut laporan tangkapan, Bonilla ‘menangkap’ isterinya dan Gomez melakukan hubungan seks beberapa minggu lalu.

Sementara itu, mangsa dilaporkan masih berada di hospital dan semakin pulih daripada kecederaannya namun polis tidak menyatakan apa yang berlaku terhadap kemaluannya. Laporan kepada media oleh polis bagaimanapun menyatakan, usaha mengesan bukti tambahan yang dilakukan, gagal.

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post