Thursday, July 4, 2019

author photo

Tumbuhan hijau yang tumbuh subur di serata dunia sangat penting dan berguna kepada manusia kerana membekalkan udara yang segar atau secara lebih tepat membekalkan gas oksigen untuk digunakan dalam proses pernafan manusia. Selain itu, Tumbuhan hijau juga membekalkan makanan untuk pertumbuhan/tumbesaran manusia seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tumbuhan hijau yang wujud di bumi ni dikelaskan mengkut kategorinya iaitu pokok berbunga dan pokok berbuah serta sayuran hijau. Semua tumbuhan hijau ini biasanya tumbuh dengan sendirinya atau ditanam oleh manusia. Aktiviti menanam pokok ini dilakukan biasanya secara suka atau hobi untuk mengisi masa lapang malah dengan kemajuan teknologi dalam bidang pertanian telah menyebabkan aktiviti menanam pokok dilakukan secara besar-besaran kerana memberi pendapatan lumayan kepada sesiapa yang menceburi bidang pertanian ini.

Menanam pokok ini teramatlah mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja malah hanya dengan menabur biji benih di atas tanah juga boleh dianggap sebagai aktiviti menanam pokok. Nyata menanam pokok teramatlah mudah namun untuk menjaga pertumbuhan pokok sehingga pokok membesar dan mengeluarkan buah atau bunga amatlah sukar. Jika pokok yang ditanam mempunyai masalah seperti bantut, daun kekeringan, tidah mengeluarkan hasil dan malah lebih teruk lagi tanaman mati sebelum sempat membesar. Pasti membuatkan kita sedih kecewa dan merungut apabila pokok yang ditanam tidak mahu hidup dengan subur. Terdapat pelbagai faktor yang bermain di dalam kepala mengapa pokok yang ditanam mati separuh jalan. Antara faktornya ialah pemilihan biji benih yang berkualiti, penggunaan medium penanaman yang subur dan betul, faktor penjagaan yang rapi dengan memastikan air siraman yang dibekalkan mencukupi serta pembajaan pokok yang cukup dan tepat dan kawalan makhluk perosak tumbuhan yang berkesan. Jika semua ini dilakukan dengan betul pasti pokok akan dapat tumbuh dengan subur serta mengeluarkan hasil yang bermutu.

Saya mahu berkongsi  methodologi atau cara yang boleh digunakan untuk menanam pokok bunga atau pokok berbuah dan Sayuran Hijau. Kaedah pertama adalah menanam menggunakan tanah. Kaedah ini adalah kaedah umum atau yang biasa digunakan oleh orang ramai kerana caranya yang mudah dan sumber tanah yang mudah diperoleh di mana-mana sahaja. Dalam pertanian, pemilihan tanah sebagai medium penanaman perlulah juga mengikut kesesuaian dengan pokok yang ingin ditanam. Terdapat 6 jenis tanah pertanian iaitu:

1. Tanah Liat
2. Tanah Pasir
3. Tanah Gambut
4. Tanah Endapan
5. Tanah Keranji
6. Tanah Loam

Medium tanaman tanah yang terbaik adalah tanah yang dicampur dengan pelbagai komponen. Komponen tersebut ialah tanah atas (Topsoil), bahan organik, tanah pasir, tanah bakar/tanah hitam/tanah kompos,sekam padi dan sabut kelapa(cocopeat).

Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang berada paling atas di atas tanah. Kandungan topsoil terdiri daripada tanah loam, kelodak, tanah pasir dan sedikit kompos. Tanah topsoil adalah bahan utama untuk penyediaan medium tanah.

Bahan Organik
Bahan organik adalah baja semulajadi di dalam tanah yang dapat memberi nutrien kepada pokok dan menjamin kesuburan tanah. Bahan Organik terhasil daripada campuran najis haiwan, kompos hasil pereputan haiwan dan bahagian pokok (daun, akar, batang, dahan dan buah/sayur)

Tanah Pasir
Tanah Pasir mempunyai struktur berongga pada campuran tanah yang dapat memudahkan akar pokok merayap dan tumbuh dengan cepat agar pokok mudah untuk mendapat oksigen dan menyerap nutrien dan baja. Biasanya pasir sungai atau pasir lombong digunakan dalam campuran tanah. Pasir ini boleh dibeli di kedai berhampiran rumah anda.

Tanah Bakar/Tanah Hitam/Tanah Kompos
Tanah ini berfungsi untuk mengukuhkan struktur tanah campuran serta membekalkan lebih nutrien untuk tanah campuran. Paling penting mengekalkan kesuburan tanah ini.

Sabut Kelapa(Cocopeat)
Sabut kelapa halus ini dicampur bersama semua campuran di atas supaya dapat melembutkan struktur tanah, memastikan kandungan air yang tersimpan dalam tanah lebih lama kerana sifat sabut kelapa yang mudah menyerap air dan memberi struktur ruang rongga pada campuran tanah untuk memudahkan proses pengudaraan tanah.

Campuran semua komponen di atas pasti menjadikan medium tanah yang digunakan untuk aktiviti menanam pokok subur untuk pokok membesar dan mengeluarkan hasil. 

Kaedah kedua adalah kaedah tanpa menggunakan tanah. Tanpa tanah juga pokok boleh tumbuh dan membesar dengan syarat pokok mendapat air, cahaya matahari, udara dan nutrien/baja. Oleh itu beberapa teknologi pertanian diperkenalkan untuk memudahkan petani menanam pokok. Sistem hydroponik adalah sistem penanaman pokok tanpa tanah dimana kedudukan akar terus di dalam air baja (nutrien). Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu, rockwool, bebutir tanah liat yang digelar LECA (lightweight expanded clay aggregate), sekam padi bakar, span, kapas, vermikulit dan perlit sebagai medium perantaraan antara akar pokok dan air baja disamping bahan sokongan untuk pertumbuhan akar pokok. Kaedah ini tidak menggunakan motor untuk menggerakkan air baja untuk dihantar ke setiap pokok sebaliknya akar pokok direndam di dalam air baja. 

Kaedah Hydroponik
Kaedah Fertigasi adalah  kaedah membekalkan baja melalui sistem pengairan titis yang dibina menggunakan paip, tiub paip dan motor sebagai alatan asas membolehkan air baja dihantar ke setiap pokok. Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan. Sistem ini amat disukai oleh petani kerana menjimatkan masa, kos, serta meningkatkan hasil. Jenis cecair baja yang digunakan dalam sistem ini adalah Larutan Baja AB atau baja XY. Baja AB mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan. Oleh sebab itu baja ini boleh dikatakan sebagai baja lengkap.

Kaedah Fertigasi

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post