Friday, July 12, 2019

author photo
Akibat desakkan hidup, ramai anak muda memilih jalan mudah dengan melakukan jenayah seperti merompak dan ragut.  Kes seperti ragut boleh berlaku tidak kira tempat dan waktu. Orang ramai tidak rasa selamat walaupun berjalan di tengah ibu kota sibuk.

Terbaru melalui Facebook Imran Hakim, dia secara tidak sengaja merakam satu kejadian seorang wanita diragut seorang penunggang motosikal. Ketika kejadian  seorang wanita yang sedang melintas jalan tiba-tiba didatangi seorang lelaki bermotosikal dan meragut rantai emas miliknya. Kejadia berlaku  di pejalan kaki di hadapan kompleks sogo.

Melalui rakaman tersebut menunjukkan lelaki tersebut dengan pantasnya memecut meninggalkan tempat kejadian selepas  meragut rantai emas yang dipakai wanita itu.

Nampak macam pakar meragut
Video ini menunjukkan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 135lc bernombor pendaftaran WC 643 R dengan sekali lalu meragut rantai yang dipakai mangsa

Menurut Imran Hakim, dia telah membuat laporan polis dan menunjukkan bukti rakaman tersebut. Diharapkan pihak polis dapat mengesan lelaki berjenaan.


Sumber: Imran Hakim

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post