Tuesday, July 16, 2019

author photo


Pihak Polis sedang melakukan penyiasatan berhubung kes buli pelajar di Miri Sarawak yang membabitkan lima remaja termasuk seorang pelajar sekolah menengah yang dipercayai membuli  seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kes pada 8 Julai lalu itu dilaporkan kepada polis oleh bapa salah seorang suspek yang menyerahkan anaknya kerana dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, bapa suspek membuat laporan polis selepas dimaklumkan seorang lagi anaknya berhubung video tular di media sosial menyaksikan mangsa sedang dibuli.

“Penyebaran video buli terbabit yang tular sejak malam tadi dalam sosial media menunjukkan  mangsa dipercayai ditumbuk dan ditendang sekumpulan lima remaja termasuk seorang pelajar sekolah menengah di sini pada 8 Julai lalu.

“Bapa mangsa membuat laporan polis selepas dimaklumkan anaknya selepas video tular dalam aplikasi WhatsApp,” katanya di Miri, hari ini.

Menurut Lim, kes itu adalah pertama dilaporkan di Miri tahun ini dan mangsa takut membuat laporan kerana diugut kelima-lima suspek.

Katanya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post