Monday, July 15, 2019

author photo


Syarikat Honda Vietnam telah melancarkan motosikal versi moped yang dinantikan oleh ramai peminat motosikal Honda di Vietnam iaitu Model Honda Winner X ke pasaran tempatan pada 13 Julai yang lalu. Model Honda terbaru ini merupakan versi upgrade daripada model terdahulu iaitu Honda Winner 150 (Malaysia: RS150R) yang dilancarkan 3 tahun yang lalu pada tahun April 2016.

Menurut media tempatan Vietnam Autodaily, pengenalan model baharu ini diharap dapat menyaingi rekod jualan motosikal Yamaha Exciter 150 yang begitu popular dan mendapat tempat dalam kalangan peminat motosikal jenis moped di Vietnam. Populariti model Yamaha Exciter 150 yang juga pesaing utama model Honda Winner membolehkan sebanyak 210,000 unit telah dijual secara tahunan berbanding model Honda Winner yang hanya terjual sebanyak 273,000 unit selama 3 tahun. 

Honda moped baru ini dilengkapi enjin DOHC bersesaran 149cc bersama sistem penyejukan cecair serta sistem pancitan bahan api elektronik PGM-Fi yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 15.4hp pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.5Nm pada 6,500rpm.

Model ini akan mula memasuki pasaran tempatan Vietnam pada 16 Julai depan, model V2 ini mempunyai banyak penambahbaikan antaranya lampu utama Winner X dipasang pada bahagian dada, di samping rekaan kepala baharu yang lebih tirus. Jentera kali ini juga ditingkatkan prestasi aspek keselamatannya dengan memperkenalkan sistem brek ABS, pertama dalam segmen kapcai di Vietnam.

Bagi menjangkau audiens yang lebih luas, Honda Vietnam turut menawarkan versi tanpa brek ABS. Sebaliknya digantikan dengan sistem brek gabungan (CBS). CBS berfungsi dengan mengaktifkan brek belakang jika brek hadapan digunakan secara agresif.

Untuk pasaran Vietnam, Winner X ditawarkan dengan 3 Varian untuk pilihan pelanggan:

Winner X CBS - 45.99 juta dong (RM8,098)
Winner X ABS Camo - 48.99 juta dong (RM8,626)
Winner X ABS Black Matte - 49.49 juta dong (RM8,714)

Siapa xsabar motor ni masuk pasaran Malaysia?

Berikut adalah Spesifikasi lengkap Honda Winner X 150i (RS150R V2)

Honda Winner X 150i 2019 ABS

Engine Type : 149.1 cc, PGM-FI,DOHC,
Bore And Stroke : 57.3 mm x 57.8 mm
Tranmission: 6 gears ( 1 – N – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 )
Max POWER : 15.4 hp /9.000 rpm
Max Tourque: 13.5 Nm/6.500 rpm
Compression ratio : 11.3 : 1
System Starter : Electric

Dimensions (LxWxH): 2.019mm x 727mm x 1.088mm
Lowest to Land Distance : 150 mm
Seat Height : 795 mm
Dry Weight : 123 kg

Fuel Tank : 4.5 líters
Oil Capacity : 1.1 líters

Headlight system : Full Led, Full LDC

ABS: Yes ( 1 channel )
Front Suspension: Telescopic Fork
Rear Suspension: Swing arm with single suspension
Front Brake: Nissin 1 Piston + 265mm ABS | Hydraulic disc brake, 1 Piston Nissin
Rear Brake: 220mm + Heo Nissin 1 pistol | Hydraulic disc brake disc separator 220 mm + 1 Piston Nissin

Front Tire : 90/80-17M/C 46P (Tubeless)
Rear Tire: 120/70-17M/C 58P (Tubeless)

Sumber : Autodaily , Mekanikavnexpress



















POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post