Thursday, July 18, 2019

author photo


Tengah hari tadi, keadaan di Bukit Besi sebuah perkampungan kecil di Dungun gempar seketika apabila seekor harimau berkeliaran di sekitar kawasan halaman rumah penduduk.

Orang kampung di sana sempat merakam kehadiran Harimau belang berkenaan sebelum rakaman video dan gambar kejadian itu viral di media sosial.

Dalam rakaman video itu, harimau berkenaan dilihat merayau-rayau di kawasan jalan raya dan mendekati kenderaan  pengguna jalan raya.

Penduduk setempat berasa pelik kerana si pak belang itu kelihatan seperti jinak kerana tidak agresif dan tidak menyerang orang ramai.  Harimau itu dipercayai sesat dari hutan dan memasuki kampung berkenaan.

Menurut pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu,  Dr Abdul Malik Mohd Yusuf pihaknya ada menerima aduan berhubung kejadian itu daripada penduduk kampung pada jam 11.30 pagi tadi.

Sejurus menerima aduan mengenai harimau berkenaan, kakitangan Perhilitan segera menuju ke lokasi kejadian untuk melakukan usaha menangkap haiwan liar itu.

"Harimau itu tidak lari ketika didekati kenderaan, tetapi kita masih tidak dapat pastikan sama ada ia jinak atau tidak," tambanya lagi kepada Sinar Harian.

Abdul Malik berkata, berkata, buat masa ini Perhilitan sedang lakukan usaha untuk menangkap harimau belang terbabit.

"Setakat ini juga belum dapat mengenal pasti dari mana harimau belang itu datang.

"Kita juga sedang lakukan siasatan untuk mengetahui dari kawasan mana harimau belang itu datang," katanya.

Sumber Sinar Harian

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post