Thursday, July 11, 2019

author photo

Berlaku satu kejadian samun di parkir sebuah pusat beli belah di Jalan Panglima Awang, Melaka, petang semalam melibatkan seorang guru wanita namun penyamun yang juga seorang lelaki itu berjaya ditahan polis selepas kira-kira dua jam selepas kejadian ini berlaku.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 3.15 petang dimana mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan baru keluar dari premis dan berjalam menuju ke keretanya di parkir sebelum didatangi suspek tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika tiba di keretanya suspek terus mengacukan sebilah pisau kepada mangsa dan mengambil beg tangan mangsa kemudian terus melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Perodua Axia.

“Saksi yang kebetulan melihat kejadian cuba mengejar kereta dinaiki suspek, namun tidak berjaya tetapi berjaya mengenal pasti kenderaan berkenaan,” katanya.

Afzanizar berkata, akibat kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di jari kanan dan lengan kiri dibawa menaiki ambulans ke hospital bagi menerima rawatan.

Beliau berkata, kira- kira jam 5 petang,  suspek berusia 25 tahun berjaya ditahan oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Batu Berendam.

“Suspek adalah pemilik kenderaan dan polis turut merampas beg tangan dipercayai milik mangsa.

“Selain beg tangan, turut dirampas telefon bimbit, beg duit, dokumen pengenalan diri dan kad bank serta wang tunai kira-kira RM450,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber Asal: Harian Metro

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post