Wednesday, July 10, 2019

author photo


Pelakon yang juga usahawan, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, hari ini.

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam tahun setelah pasangan itu sah bercerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi

Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.

Sebelum ini, Proses memfailkan permohonan cerai telah dilakukan Mawar mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Menerusi laporan media, Fizo berasa terkejut setelah diberitahu bahawa isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Mawar, 30, pernah memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.

Desas-desus krisis perkahwinan pasangan itu mula diketahui ramai apabila tindakan Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Diharap para Peminat mereka dapat mendoakan untuk kebaikan kepada kedua-dua mereka.

Sumber Asal - Mstar

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post