Wednesday, July 10, 2019

author photo


IPOH, 10 Julai  -- Seorang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak telah ditahan polis berikutan tuduhan merogol terhadap pembantu rumahnya.

Penahanan anggota Exco berkenaan yang juga seorang Adun DAP Perak semalam dilakukan untuk membantu siasatan lanjut ulas ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid.

"Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan penangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat laporan polis di Balai Jelapang di sini Isnin lepas, mendakwa dirogol anggota Exco berkenaan di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, Exco DAP Kerajaan Negeri Perak terdiri dari lima orang anggota iaitu  Wong Mei Ing (Pantai Remis), A. Sivanesan (Sungkai), Paul Yong (Tronoh), Howard Lee (Pasir Pinji) dan Dr. Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi).

Terdahulu dilaporkan juga upacara angkat sumpah ahli majlis eksekutif yang dijadualkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok Khamis (11 Julai) telah dibatalkan dipercayai berikutan dakwaan kes ini.

Sumber Asal - BERNAMA

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post