Monday, July 8, 2019

author photo


Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini menjatuhkan hukuman denda  RM100 kepada seorang pembantu kedai kerana perbuatannya mengintai seorang lelaki sedang 'berak' di dalam tandas sebuah stesen minyak.

Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Sweepin Sahirati, 28, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dibacakan ke atasnya.

Tertuduh yang berasal dari Sabah boleh dipenjarakan selama dua bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didapati berkelakuan aib dengan mengintai mangsa yang juga seorang kerani berusia 27 tahun, pada 2.40 petang, 27 Jun lalu di tandas lelaki sebuah stesen minyak di Jalan PJS 8/9, Sungai Way, Petaling Jaya.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Fakta kes menerangkan mangsa memasuki tandas lelaki stesen minyak itu untuk membuang air besar, namun ketika sedang melepaskan hajatnya, mangsa terlihat bayang-bayang seorang lelaki melalui air takung pada lantai tandas sedang beronani.

Kemudian, pengadu ternampak satu lubang sebesar jari kelingking dan tertuduh sedang memandangnya, sebelum tertuduh mengaku ada mengintainya.

Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah agar hukumannya diringankan, namun Timbalan Pendakwa Raya Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Sumber: Harian Metro

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post