Total Pageviews

Recent in Food

;

Dalam 10 Minit Dua Warga Emas Dibunuh di Segamat

Share it:


Seorang lelaki yang disyaki kurang siuman, dikatakan membawa pisau ke pekan Buloh Kasap untuk mencederakan orang. Lelaki berkenaan telah menyerang dua orang warga emas. Insiden tersebut menyebabkan seorang orang awam meninggal di tempat kejadian manakala dan pemilik gerai durian meninggal ketika perjalanan untuk rawatan.

Dalam kejadian pertama pada 6 petang, mangsa berusia 70-an diserang ketika minum di sebuah kedai kopi di pekan Buloh Kasap. Menurut saksi di sana, Seorang lelaki melayu datang  dengan menunggang motosikal Modenas biru meluru masuk dan menetaknya berulang kali menyebabkan mangsa mati serta-merta akibat parah di muka dan badan.



Kira-kira 10 minit kemudian, suspek berjalan menuju ke sebuah kaki lima menjual durian dengan jarak kira-kira 200 meter dari lokasi pertama serta menyerang seorang lelaki penjual durian berusia 60-an, menggunakan senjata sama di bahagian perut. Mangsa meninggal sewaktu perjalanan ke hospital selepas dirawat di klinik kesihatan awam Buloh Kasap.

Selepas mendapat maklumat daripada orang awam, suspek telah ditahan di tempat kejadian oleh sepasukan anggota polis Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui senjata digunakan iaitu  sebilah parang sepanjang 0.6 meter.

Pesanan pihak berkuasa, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian kerana siasatan masih dijalankan.

Share it:

Semasa

Post A Comment:

0 comments: