Sunday, July 14, 2019

author photo


Minngu ini viral di Indonesia apabila satu fenomena alam kelihatan di sana. Fenomena berkenaan adalah topi awan putih tebal yang mengelilingi puncak Gunung Rinjani di Lombok, Nusa Tenggara Barat. Penduduk setempat termasuk pelancong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar ataupun selfie dengan awan yang cantik itu.

Keadaan topi awan itu berlaku pada hari Rabu, 17 Julai, 2019, yang mana sangat jarang muncul di sana. Video dan gambar fenomena berkenaan dikongsi di media sosial dan menjadi viral.

Bulatan awan putih berlaku dari pukul 7:00 pagi sehingga 9:30 pagi. Penampilannya tepat pada waktu matahari terbit. 



Seoraang pengguna facebook Lilik Sukmana berkongsi gambar awan berkenaan dengan berkata bahawa  awan itu mempunyai bentuk yang berubah dan melebar. Dia juga berkata dia mengambil gambar dari depan rumahnya.

"Wajah Penomena meliputi Gunung Rinjani pagi ini ... bentuknya semakin banyak. Secara langsung dalam foto dari depan rumah, Apa yang ciptaan Tuhan indah," tulis Lilik Sukmana lagi


POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post