Monday, July 15, 2019

author photo


Nasib pengunjung taman hiburan yang ingin bersuka ria bertukar menjadi tragedi apabila buaian gergasi yang dinaiki patah dua ketika sedang berhayun dalam kejadian yang berlaku di sebuah funfair di Gujarat, India. Dalam insiden tersebut mengakibatkan dua orang maut, manakala 27 lagi cedera dan dirawat di hospital.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.40 petang Ahad, di Balvatika Amusement Park, buaian yang diberi nama 'Discovery' itu patah dan bahagian yang dinaiki oleh kesemua mangsa jatuh terhempas dari ketinggian 20 kaki. 

Pengunjung lain sempat merakam babak cemas sewaktu kejadian itu berlaku dan kelihatan orang ramai terkejut dengan kejadian yang tidak dijangkakan itu. 

Pihak pengurusan taman hiburan itu telah ditahan untuk disoal siasat oleh polis bagi mengenalpasti sama ada mereka mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Sementara itu, Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani mengarahkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab, selain mengarahkan semua mangsa yang cedera diberikan rawatan percuma.

Sumber: TheSun

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post