Sunday, July 21, 2019

author photo


"Avengers: Endgame," Filem Disney (DIS) dan Marvel ini akan mengatasi kutipan filem "Avatar" dalam senarai filem kutipan paling tinggi sepanjang zaman pada hari Ahad ini iaitu minggu yang ke-13 tayangannya, lapor Disney pada malam Sabtu .

Filem sains fiksyen "Avatar," arahan pengarah popular James Cameron ini telah memegang rekod selama 10 tahun kutipan tiket tertinggi sepanjang zaman. Filem terbaru "Avengers", yang dibintangi oleh Robert Downey Jr dan Chris Evans, telah membuat lebih daripada $ 2.789 bilion di seluruh dunia.

Ucapan "Tahniah yang besar kepada pasukan Marvel Studios dan Walt Disney Studios, dan terima kasih kepada para peminat di seluruh dunia yang mengangkat 'Avengers: Endgame' menjadi sejarah yang paling bermakna" kata Alan Horn, pengerusi bersama dan ketua pegawai kreatif  The Walt Disney Studios, dalam satu kenyataan.

Untuk mencapai kedudukan teratas, "Endgame" melepasi beberapa blokbuster terbesar dalam sejarah filem seperti "Titanic," "Star Wars: The Awakens Force" dan "Avengers: Infinity War."

"'Endgame' telah menggabungkan Marvel Cinematic Universe sebagai landasan mitos moden yang akan diturunkan penceritaannya kepada generasi akan datang oleh peminat-peminat MCU," kata Sharon Robbins, ketua penganalisis di Boxoffice.com, kepada CNN Business.

"Endgame" memecahkan rekod apabila ia mula ditayangkan pada akhir April.
Filem superhero, yang menampilkan Thanos sebagai penjahat utama, membuat $ 1.2 bilion di box office di seluruh dunia untuk pembukaan tayangan globalnya. Ia mengambil masa hanya lima hari untuk filem mengutip $1 bilion kutipan box office.

Disney memperoleh francais "Avatar" selepas berjaya dalam pembelian $71 bilion dari kebanyakan aset Century 21 Fox pada awal tahun ini.

Siri filem "Avatar" akan mempunyai peluang untuk mengembalikan title 'kutipan tiket filem tertinggi yang pernah ditayangkan' dari "Endgame." setelah Disney mengumunkan akan menayangkan empat sekuel "Avatar" antara 2021 dan 2027.

"Walaupun lebih sedekad, kesan 'Avatar' James Cameron kekal memberi impak yang kuat kepada penonton," tambah Horn. Kami menaruh hadapan yang tinggi untuk kedua-dua Marvel Cinematic Universe dan Pandora."

Sumber: CNN

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post