Sunday, July 7, 2019

author photo


Mayat seorang remaja lelaki ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Glenview, Kamunting dengan kesan kelar di leher dan dua pergelangan tangannya.

Keadaan sangat menyayat hati apabila mangsa, S. Sritharan, 16, ditemui dalam keadaan dibalut plastik oleh bapanya sendiri pada pukul 12.18 tengah hari. Mangsa ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, laporan kehilangan mangsa sebelum ini telah dibuat kakaknya semalam selepas dia tidak pulang ke rumah dari sekolah Jumaat lalu.

“Laporan kehilangan mangsa telah dibuat semalam dan polis menerima maklumat mengenai penemuan mayatnya dengan kesan kelar di leher dan dua pergelangan tangannya,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Osman lagi, siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada pergaduhan mangsa dengan teman lelaki adiknya selepas telefon bimbit milik suspek tertinggal di rumah mereka.

“Mangsa yang pulang dari rumah pada hari kejadian dipercayai mendapati adik perempuannya membawa rakan termasuk teman lelakinya masuk ke rumah, namun semua mereka beredar selepas melihat mangsa pulang.

“Telefon bimbit teman lelaki adiknya dipercayai tertinggal sebelum mangsa menjawab panggilan telefon dari suspek sebelum mencabarnya untuk mengambil sendiri telefonnya dan dipercayai berlaku pergaduhan antara mereka,” katanya.

Osman berkata, mengikut keterangan kedua-dua suspek, mereka dipercayai mengelar leher mangsa dan kedua-dua pergelangan tangan mangsa dengan pisau sebelum menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya.

Beliau berkata, siasatan unit forensik polis menemui pisau digunakan suspek manakala mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan malam ini.



Sumber: Hmetro

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post