Friday, July 12, 2019

author photo

Seorang lelaki Thailand menerusi akaun Facebook bernama "Somkiat Thavornsukkangkang" menyiarkan gambar beberapa ekor ular yang telah mati. Dia yang juga seorang penternak ayam mendedahkan bahawa kejadian itu berlaku pada 8 Julai lalu.

Dia menceritakan apabila mahu menghidupkan penghawa dingin pada waktu malam, kedengaran bunyi aneh datang dari arah penghawa dingin. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk membuka air-cond tersebut bagi mengetahui punca bunyi itu.

" Saya hampir menjerit" tulis Somkiat apabila dia terkejut melihat ular yang bergerak dalam penghawa dingin tersebut. Dia tidak mengenali jenis ular tersebut dan bagaimana ia boleh berada dalam penghawa dingin, tambahnya lagi.



Dia tanpa berlengah terus mahu membuang keluar ular berkenaan dan mendapati bilangan ular adalah lebih daripada satu iaitu sebanyak lima ekor. Kesemua ular itu bewarna hijau dan bersaiz sederhana. Dia membunuh kesemua ular itu bagi mengelakkan ancaman terhadap keluarganya terutama kepada anak-anak yang masih kecil.

Menurut laporan China Press, ular yang dijumpai dalam rumah Somkiat tidak berbisa keran ia masuk ke rumah untuk mencari cicak.

POST INI ADA 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post