Header Ads

Cara Bayar Bil Utiliti Guna JomPAY Melalui Cimbclicks Dan Maybank2u



JomPAY merupakan salah satu platform yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran bil kepada pelbagai syarikat atau organisasi secara perbankan online. Dengan JomPAY, pengguna boleh membayar bil seperti Astro, TM, TNB, bil Air atau apa-apa jenis bil dengan pantas. Jika anda mencari cara bayar bil menggunakan JomPAY boleh ikut panduan ringkas ini bagi memudahkan urusan anda.

Cara Bayar Bil Guna JomPAY (Bil Astro, TM, TNB, Bil Air)

Pertama sekali, untuk memudahkan pembayaran bil menggunakan JomPAY, anda perlu ada Biller Codes. Dapatkan Biller Code JomPAY terlebih dahulu.

Biller Codes JomPAY

Contoh Biller Codes yang paling banyak digunakan ialah :



CIMBCLICKS

Anda boleh membuat pembayaran secara JomPAY menggunakan CIMBCLICKS. Ikut sahaja langkah mudah di bawah ini.



No1: Log in ke Akaun Cimbclik klik  'Pay & Transfer' dan pilih JomPAY


No2: Masukkan maklumat pembayaran

Contoh pembayaran kepada TM Unifi, Biller Code (8888).

Ref-1 merujuk kepada nombor akaun pemegang bil.

Ref-2 merujuk kepada nombor bil atau invois bil.

Masukkan nombor akaun perkhidmatan anda pada ruangan 'Ref 1' sahaja. Abaikan ruangan Ref 2, masukkan jika perlu sahaja.

No3:  Click 'Save as Favourite'. Secara automatik ia akan memaparkan jenis bil dan perkhidmatan. Contohnya "TM Unifi".

No4: Klik 'From Account', pilih akaun simpan atau debit card anda.

No5: Masukkan jumlah yang anda ingin bayar di ruangan 'Amount'.

No6: Accepting terms & Conditions: Pilih 'Yes'.

No7: Klik 'Make Payment'

No8: Kemudian klik 'Request TAC.

No9: Sesudah menerima nombor TAC melalui SMS, masukkan nombor berkenaan pada ruangan yang disediakan. Klik confirm.

Selesai!!

MAYBANK2U


No1: Log in ke Akaun MAYBANK2U dan klik 'Account & Banking

 No2: Kemudian klik ' Bi Payment'


No3: Seterusnya pilih ' JomPAY'

 No4: Terus klik ' Make a one-off payment




















No5: Masukkan maklumat pembayaran contohnya TM Unifi, Biller Code (8888) dan no akaun bil boleh didapati di Bil TM anda. 

Contoh bil TM Unifi
Semoga tutorial ini memberi manfaat kepada semua orang untuk membuat pembayaran di masa hadapan.

No comments

Powered by Blogger.