Header Ads

Top 30 Artis Malaysia Paling banyak Pengikut di Instagram 2018


Instagram merupakan antara media sosial yang paling dikenali selain Facebook, twitter dan lain-lain lagi. Orang ramai menggunakan Instagram untuk berkongsi pelbagai gambar aktiviti harian mereka pada setiap saat. Selain itu ramai pengguna terutamanya peniaga menggunakan IG untuk memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Instagram ini sangat berguna jika mempunyai ramai followers. Boleh dikatakan semakin banyak pengikut semakin berpengaruh seseorang itu ataupun sesuatu jenama.

Antara golongan yang semamangnya mempunyai ramai pengikut ialah daripada kalangan selebriti. Mereka ini biasa mendapat liputan daripada pelbagai media yang menyebabkan mereka sangat dikenali. Apabila menjadi popular maka mereka akan mempunyai ramai peminat. Kebiasaan peminat-peminat akan mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka dan laman media sosial Instagram lah yang paling cepat untuk mengetahui berita berkenaan artis tersebut. Di Malaysia individu  yang mempunyai pengikut paling ramai adalah daripada selebriti. Jom tengok senarai artis Malaysia yang mepunyai pengikut yang paling ramai di laman Instagram. Artis kesukaan anda berada pada nombor berapa?

Di sini, kami senaraikan 30 orang artis yang mempunyai pengikut yang paling ramai di Instagram:-

1. NOOR NEELOFA (@neelofa) 5.3 Juta

Noor Neelofa merupakan pelakon dan pengacara yang sudah terkenal di Malaysia. Beliau mempunyai 5.3 juta pengikut di Instagram. Nama Neelofa melonjak naik selepas menjadi pengacara di rancangan Meletop di Astro. Dia juga menjual Tudung jenama miliknya neelofar hijab yang merupakan antara tudung pilihan rakyat Malaysia. Drama lakonanya dalam Suri Hati Mr Pilot telah meningkatkan lagi populariti Neelofa yang digandingkan dengan Pelakon Kacak Fattah Amin.


2. NORA DANISH (@noradanish) 5.1 Juta


Pelakon Nora Danish sebelum ini merupakan artis paling ramai pengikut di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 5.1 namun telah dipintas oleh Neelofa. Namanya naik selepas membintangi beberapa buah drama dan filem yang meletup di layar perak.

Pelakon cantik ini menjadikan Instagram miliknya sebagai medium untuk berkongsi aktiviti rutin hariannya sebagai ibu tunggal. Setiap kali membawa anaknya bersiar-siar, dia akan memuatnaik gambar anaknya ke IG. Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.

Dia juga sering berkongsi gambar suaminya Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.


3. ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869) 4.6 Juta

Abdul Razak Mohammad Razizan atau di kenali sebagai Zizan Razak merupakan seorang bintang komedi yang tidak asing lagi. Zizan juga melibatkan diri sebagai sebagai pengacara, usahawan, penyanyi dan juga pelakon. Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 4.6 Juta orang. Zizan sememangnya popular sejak dari zaman Raja Lawak lagi. Pengikutnya semakin bertambah selepas banyak filem lakonanya seperti KL Ganster, Mael Lambung, Polis Evo dan  terbaru Abang Long Fadil 2 meletop di pawagam. 

4. Datuk Siti Nurhaliza (@ctdk) 4.5 Juta

Datuk Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi dan juga usahawan berjaya dengan menghasilkan produk Simply Siti. Siti kini mempunyai sebanyak 4.5 Juta pengikut di Instagram.

Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur. Siti selalu memuatnaik gambar selfie ke IG dan mendapat pujian daripada peminatnya. Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan.


5. SCHA ALYAHYA (@schaalyahya) 4 Juta

Ibu kepada Lara Alana ini selalu berkongsikan aktiviti harian dan gambar anaknya yang comel bersama peminat. Ramai orang memgikut Scha di Instagram selepas beliau berkahwin dengan Awal Ashaari. Kedua-dua mereka merupkan pelakon yang popular.

6. Hanis Zalikha (@haniszalikha) 3.9 Juta


Pelakon dan pengacara Hanis Zalikaha mendapat perhatian umum selepas dia dilamar Hairul Azreen yang kini merupakan suaminya. Beliau menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk miliknya. Dia juga selalu update gambar aktiviti harian bersama anak Yusof dan suaminya.


7. ELFIRA LOY (@elfiraloy) 3.7 Juta

Nurul Elfira Loy  juga turut menjadikan instagram miliknya sebagai medium pengiklanan efektif dengan mempromosikan produk baru dan membuat review sesuatu produk.



8. AWAL ASHAARI (@awalashaari) 3.5 Juta

Ahmad Awaluddin Ashaari merupakan suami kepada Scha Alyahya. Awal banyak berkongsikan gambar aktiviti kerjayanya sebagai seorang selebriti terkenal termasuk gambar dan video anaknya Lara di Instagram beliau.

9. Fazura (@missfazura) 3.5 Juta

Fazura merupakan artis cantik yang sangat disukai oleh ramai orang. Beliau selalu memuatnaik gambar aktiviti sehariannya sebagai pelakon dan penyanyi serta model. Selepas kahwin dengan pelakon kacak Fattah Amin, beliau sering update gambar mesranya dengan suaminya itu. Orang ramai sangat senang dengan hubungan mereka yang bahagia itu.

10. Rozita Che Wan (@rozitachewan1) 3.4 Juta


Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta mennggunakan laman Instagram untuk mempromosikan pelbagai produk keluarannya seperti minyak wangi dan produk kecantikan. Selain itu Che Ta sering memuatnaik gambar keluarganya melakukan aktiviti harian mereka. Che Ta merupakan artis yang selalu pergi melancong ke luar negara, biasanya beliau akan post gambar bercuti ke instagram.


11. Nelydia Senrose (@nelydiasenrose) 3.3 Juta

12. Amyra Rosli (@yanasamsudin) 3.2 Juta

13. Yana Samsudin (@yanasamsudin) 3.2 Juta

14. Lisa Surihani (@iamlisasurihani) 3.1 Juta

15. Fasha Sandha (@nelydiasenrose) 3.3 Juta

16. Janna Nick (@jannannick) 3.1 Juta

17. Ayda Jebat (@aydajebat) 3.1 Juta

18. Fathia Latiff (@fatiyalatiff) 3 Juta

19. Lara Alana (@laraalanaa) 3 Juta

20. Johan (@jozlynnhanania) 3 Juta

21. Hairul Azreen(@hairulazreen) 2.8 Juta

22. Fattah Amin (@fattahaminz) 2.7 Juta

23. Uqasha Senrose (@uqashasenrose2) 2.7 Juta

24. Shaheizy Sam (@shaheizy_sam) 2.6 Juta

25. Jep Sepahtu (@jepsepahtu) 2.6 Juta 

26. Aaron Aziz (@aarondwiaziz) 2.6 Juta

27. Mira Filzah (@mfmirafilzah) 2.5 Juta

28. Saharul Ridzwan (@saharulridzwan) 2.5 Juta

29. Emma Maembong (@emma_maembongofficial) 2.4 Juta

30. Anzalna (@anzalnanasir88) 2.3 Juta

No comments

Powered by Blogger.